Friday, July 04, 2008

Kem Belia 28-29 Jun


hjg minggu yang menarik... ak pergi kem belia di eco resort... Perkampungan latihan Dusun Eco Resort terletak di Bentong, Pahang bertemakan Eco- Tourism. Selaras dengan tema ini yang memberi tumpuan kepada ekologi, nama-nama chalet dan dewan dinamakan dengan nama-nama bunga, ikan, burung-burung dan pokok-pokok hutan yang terdapat di kawasan hutan tropika dalam Negeri Pahang. Oleh kerana resort ini terletak dalam daerah Bentong, Pahang tidak ketinggalan juga memperkenalkan Bentong dan Negeri Pahang sebagai destinasi Eco-Tourism . Nama-nama chalet menggunakan nama-nama kampung dalam daerah Bentong seperti Ketari, Karak, Janda Baik, Lebu, Lurah Bilut, Telemong dan Simpang Pelangai manakala nama-nama bandar dalam Negeri Pahang seperti Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Temerloh, Raub, Lipis dll dijadikan nama-nama chalet. Nama-nama dewan selain menggunakan nama-nama ikan sungai yang terkenal seperti jelawat, patin, keli, dan haruan juga menggunakan nama 3 mukim dalam daerah Bentong iaitu Bentong, Pelangai dan Sabai. Bersesuaian dengan nama dusun, beberapa chalet juga turut dinamakan dengan nama buah-buahan tempatan seperti rambutan, manggis, duku, langsat, dokong, durian, nangka, cempedak dll, pokok bunga seperti bunga melor, melati, kekwa dll, buah hutan seperti petai dan jering dan pokok hutan seperti jati, merbau, meranti dll digunakan kepada asrama dan chalet. Pengunjung akan dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai daerah Bentong, Negeri Pahang, nama-nama pokok hutan, bunga-bunga, buah-buahan dan ikan sungai yang menjadi makanan kesukaan ramai pada masa kini.

kem ney anjuran belia bandar kinrara... ak tumpang sekaki... sebab anis anak urus setia.. thank you frenz.. sbb ajak akue... kita org bergerak menaiki bas dan semua berkumpul... jam 8 pagi.. di rumah En Rosli... ramai gak. tp ramai bdk sekolah menengah.. x kenal pun... yang ak kenal pun... anis n adik beradik dier... n bebudak kelas anis yang lain... kita owg berhenti di rnr bkt jalil dapat breakfast nasik lemak kuih n air mineral... sampai dekat resort tu area pukul 12 lebih... n resort ney terlatak kat bentong... n depan dr janda baik.. bas hanya beleh naik sampai parking... utk naik ker resort kami menaiki trailer.. tp bdk pempuan naik unser kereta en Rosli..



sampai kat sana kami mengagihkan kumpulan.. dan juga bilik... bilik lebih kelihatan macam dorm...




kami makan pada pukul 1.30 pm di dewan makan... yang menaiknya... kami makan mengikut group seramai 8 org... n selesai makan kami kener basuh semua pinggan yang kami gunakan... unik tp sungguh berdisplin.. bdk laki yang jarang basuh pinggan kat umah kener berdikarilah beb...
selesai solat zuhur...


kami akan bersiap utk aktiviti rentas halangan... mencabar giler... sebiji macam aktiviti plkn.. selesai semua aktiviti kami mandi di kolam kat resort tue...




Terdiri daripada 12 jenis halangan mencabar yang setiap satunya mempunyai fungsi, keseronokan serta kepuasan tersendiri.
Senarai Aktiviti

  • Halangan Tembok
  • One Step Ladder
  • Straight Walk
  • Spider Net
  • Side Walk
  • One Step Swing
  • Titian Balak
  • Kargo Net
  • Gelung Tayar
  • Balancing 'V'
  • Commando Crawl
  • Commando Crop




lepas solat maghrib kami mendengar ceramah oleh Ustaz... banyak manfaat yang ak dapat drpd ceramah 2...



keesokan harinya pagi2 lepas breakfast kami pergi utk aktiviti flying fox... memang gilerlah.. sebelum sampai ker tempat flying fox kami kener melalui jambatan gantung yg giler...

tp aktiviti flying fox best giler...
selesai 2 aktiviti bebas... n makan pada pukul 1.30pm... kami bersiap sedia balik... walaupun badan sengal2... tp manfaat yang kami dapat 2.. merempuh halangan dan juga membina kekuatan dan menghindarkan ketakutan... menjadikan lebih yakin diri n muhasabah diri.....