Thursday, December 17, 2009

Jangan sertai demonstrasi haram hujung minggu ini

KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyertai mana-mana demonstrasi haram yang dijangka diadakan di Petaling Jaya dan Shah Alam hujung minggu ini bagi mengelak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis menerima
banyak maklumat mengenai terdapatnya pemimpin-pemimpin parti politik dan badan bukan kerajaan (NG0) tertentu yang bercadang mengadakan demonstrasi jalanan dan forum.

"Polis Selangor tidak akan memberikan sebarang permit ke atas penganjuran majlis tersebut. Saya menasihatkan parti-parti politik dan NGO supaya tidak meneruskan niat mereka untuk mengadakan demonstrasi dan forum berkenaan," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya tidak terlibat sama kerana
polis sudah bersedia untuk mengambil tindakan tegas terhadap perhimpunan haram seperti itu.- Bernama



-- BERNAMA

# moral of the story x pyhlah.. ak nak berjalan2 pun pyh kalu ader demonstrasi.. ader pengalaman kowt... org len sebuk demonstrasi ak sebagai pengguna jln raya yg nak pergi antar member ak balik kg terkandas dlm trafik 2-3 jam sebab ader demonstrasi kat sogo...