Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita
setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan
ibu untuk menelefon kita? ayah selalu tanya," telefon lah anak kita tu tanya dia macam mana kerja.."
Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita
bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah
selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian..
Saat kita
sakit atau demam, ayah sering membentak "kan ayah dah kata jangan main
hujan?? kan ayah dah bagitau jangan minum air sejukk?? ". Tapi tahukah
kamu bahawa ayah sangat risau.??
Ketika kita remaja, kita
meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak
boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi
ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.
Saat kita
sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah
melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di
ruang tamu dengan rasa sangat risau..
ayah marah kita.. tahukah kita yang ayah taknak apa2 terjadi dekat kita bila keluar lewat malam?
Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan macam-macam , untuk keperluan kuliah kita, ayah
hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu
berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan
untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga.. walaupun kadang2 ayah macam
buat tak tau tapi tahukah kamu sebaik kamu pergi, ayah ceritakan dekat
ibu kekaguman dia terhadap kita?
Sampai ketika jodoh kita telah
datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat
berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita
duduk di atas pelamin bersama pasangan kita..ayah pun tersenyum
bahagia..
Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan,
tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putera puteri kecilku yg
manis bersama pasangannya"..
Setelah itu ayah hanya akan
menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk
menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk
menjaga kita..
Itulah pengorbanan seorang ayah.. apakah kita
masih belum sedar? masih memandang kemarahan ayah itu alasan untuk kita
bencikan dia? percayalah.. dia orang yang paling rindukan kamu walaupun
kerinduan ibu lebih menyerlah, tak dinafikan kerinduan ayah terhadap
kita mungkin melebihi kerinduan ibu dekat kita.. kita cium pipi ibu,
ayah hanya tersenyum melihat.. tahukah kita yang kita telah berlaku
tidak adil terhadap ayah?? apakah ayah tak layak mendapat ciuman sama
yang kita berikan dekat ibu? kamu lupa masa kamu kecil, ayah mendukung
kamu dan menciumm kamu??